Langkah Kemaskini
Muat Turun Fail Data
Simpan fail timelist.bin terkini yang diberikan ke dalam laptop atau PC anda.
Sambungkan Peranti
Hubungkan jam azan ke laptop/PC menggunakan kabel USB yang sesuai.
Buka Folder Jam
Setelah disambungkan, paparan Folder/Drive peranti jam akan muncul pada skrin laptop/PC anda. Di dalamnya terdapat fail lama bernama timelist.bin .
Gantikan Fail Lama
Padam (delete) fail timelist.bin lama di dalam folder jam tersebut, kemudian salin (copy & paste) fail timelist.bin terkini yang baru dimuat turun.
Selesai
Nyahsambung (unplug) kabel USB. Jam azan anda kini beroperasi dengan data waktu solat terbaharu!