Panduan Kemaskini Data Solat

Pengguna digalakkan untuk mengemaskini data waktu solat setiap tahun bagi memastikan ia sentiasa selaras dengan Takwim Solat rasmi terbitan JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri.

Proses kemas kini ini sangat mudah dan tidak memerlukan sebarang perisian (software) khas.

Lihat tutorial

Langkah Kemaskini

Muat Turun Fail Data

Simpan fail timelist.bin terkini yang diberikan ke dalam laptop atau PC anda.

Sambungkan Peranti

Hubungkan jam azan ke laptop/PC menggunakan kabel USB yang sesuai.

Buka Folder Jam

Setelah disambungkan, paparan Folder/Drive peranti jam akan muncul pada skrin laptop/PC anda. Di dalamnya terdapat fail lama bernama timelist.bin .

Gantikan Fail Lama

Padam (delete) fail timelist.bin lama di dalam folder jam tersebut, kemudian salin (copy & paste) fail timelist.bin terkini yang baru dimuat turun.

Selesai

Nyahsambung (unplug) kabel USB. Jam azan anda kini beroperasi dengan data waktu solat terbaharu!