Terma perkhidmatan
Selamat datang ke kedai dalam talian PROMAS MALAYSIA. Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah terpakai kepada semua pelawat dan pengguna promas.com.my. Anda terikat dengan terma dan syarat ini selagi anda berada di laman web PROMAS MALAYSIA.
Am (General)
Kandungan terma dan syarat ini boleh diubah, dialihkan, atau dipadamkan pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian bahawa PROMAS MALAYSIA berhak untuk menukar kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang dalam terma dan syarat ini, PROMAS MALAYSIA akan mengambil tindakan segera terhadap pelaku tersebut.
Kandungan Tapak & Hak Cipta (Site Contents & Copyrights)
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua bahan termasuk imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, foto, klip video, teks bertulis, dan bahan lain yang dipaparkan sebagai sebahagian daripada Laman ini (atau dengan kata lain “Kandungan Laman”) adalah hak cipta, tanda dagangan, reka bentuk perdagangan dan/atau harta intelek lain yang dimiliki, dikawal, atau dilesenkan oleh PROMAS MALAYSIA.
Komen dan Maklum Balas (Comments and Feedbacks)
Semua komen dan maklum balas kepada PROMAS MALAYSIA hendaklah dihantar ke enquiry@promas.com.my.
Pengguna mesti bersetuju bahawa tiada komen yang dihantar ke www.promas.com.my akan melanggar mana-mana hak pihak ketiga, termasuk hak cipta, tanda dagangan, privasi, atau hak peribadi dan hak milik yang lain. Selain itu, pengguna juga bersetuju bahawa tidak akan ada kandungan tidak sah, mengandungi unsur penyalahgunaan, atau bahan lucah yang dihantar ke laman web ini. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kandungan komen yang dibuat.
Maklumat Produk (Product Information)
Kami tidak dapat menjamin bahawa warna produk sebenar yang anda terima akan kelihatan tepat 100% sama seperti yang dipaparkan pada skrin monitor anda, kerana ia bergantung kepada tetapan monitor masing-masing.
Surat Berita (Newsletter)
Pengguna bersetuju bahawa www.promas.com.my boleh menghantar surat berita (newsletter) mengenai berita terkini, produk, promosi, dan lain-lain melalui e-mel kepada pengguna.
Ganti Rugi (Indemnification)
Pengguna bersetuju untuk mempertahankan, ganti rugi, dan melepaskan www.promas.com.my daripada sebarang tuntutan, kerugian, kos, dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman ini oleh anda.
Pautan ke Laman Pihak Ketiga (Link to other sites)
Sebarang akses ke laman web pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri. promas.com.my tidak akan dikaitkan atau terlibat dengan mana-mana laman web tersebut sekiranya kandungan/produk pengguna mengalami kerosakan atau kerugian yang mempunyai kaitan dengan laman web pihak ketiga.
Ketidaktepatan Maklumat (Inaccuracy Information)
Dari semasa ke semasa, mungkin terdapat maklumat di promas.com.my yang mengandungi kesilapan tipografi, ketidaktepatan, atau ketinggalan maklumat (omissions), yang mungkin berkaitan dengan perihalan produk, harga, ketersediaan stok, dan kandungan artikel. Kami berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan, menukar atau mengemas kini maklumat tanpa notis terlebih dahulu kepada pelanggan. Jika anda tidak berpuas hati dengan produk yang anda beli, sila pulangkan semula kepada kami bersama-sama dengan invois pembelian.
Penamatan (Termination)
Perjanjian ini berkuat kuasa melainkan dan sehinggalah ditamatkan sama ada oleh pelanggan atau oleh promas.com.my. Pelanggan boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, promas.com.my juga boleh menamatkan perjanjian dengan pelanggan tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan akan menyekat akses pelanggan yang gagal mematuhi terma dan syarat di atas.
Polisi Bayaran Balik (Refund Policy)
Bayaran balik penuh akan dikeluarkan sebaik sahaja kami menerima dan memeriksa barangan yang dipulangkan di pusat pemulangan kami.
Polisi Penghantaran (Shipping and Delivery Policy)
-
Barangan Sedia Ada (In stock): 2 hingga 5 hari bekerja untuk barangan Penghantaran Standard.
-
Barangan Kehabisan Stok (Out of stock): Sila e-mel atau hubungi kami untuk bantuan lanjut.
Pembayaran (Payments)
Semua barangan yang dibeli adalah tertakluk kepada pembayaran sekali gus (one-time payment). Pembayaran boleh dibuat melalui pelbagai kaedah pembayaran yang kami sediakan seperti Visa, MasterCard, atau kaedah perbankan dalam talian.
Kad pembayaran (kad kredit atau kad debit) adalah tertakluk kepada semakan pengesahan dan kebenaran oleh pengeluar kad anda. Jika kami tidak menerima kebenaran yang diperlukan, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan penghantaran Pesanan anda.