Dasar bayaran balik
POLISI PEMULANGAN (RETURN POLICY)
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk mengemukakan permohonan pemulangan selepas barangan dihantar / diterima:
-
Tanggungjawab Kos & Risiko: Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kos dan risiko keselamatan barangan semasa proses pemulangan kepada kami. Barangan hendaklah dihantar ke alamat kami yang berikut: [Masukkan Alamat Di Sini]
-
Tempoh Pemulangan: Barangan boleh dipulangkan dalam tempoh 7 hari bekerja bermula dari tarikh barangan selamat diterima oleh anda, sekiranya barangan tersebut tersalah hantar, rosak, atau mempunyai kecacatan (defektif).
-
Pembelian Sah: Hanya produk yang dibeli secara terus daripada PROMAS MALAYSIA SDN BHD sahaja yang layak untuk polisi pemulangan ini.
-
Pembelian Pihak Ketiga: Sebarang produk PROMAS yang dibeli melalui peruncit atau agen lain tidak layak menggunakan polisi ini dan tertakluk kepada polisi pemulangan serta bayaran balik peruncit masing-masing.
Syarat Kelayakan Pemulangan Barangan:
Barangan hanya layak dipulangkan sekiranya memenuhi situasi di bawah:
-
Salah Hantar (Incorrect): Barangan yang diterima bukan seperti yang anda pesan (salah saiz atau jenis berbeza daripada yang tertera pada ringkasan pesanan), atau terdapat barangan yang tercicir/hilang di dalam bungkusan.
-
Rosak (Damaged): Barangan didapati rosak semasa mula-mula diterima. Barangan didapati telah diusik, diubah suai, atau dirosakkan (tampered/refurbished). Pelanggan bertanggungjawab atas semua kos penghantaran untuk memulangkan barangan tersebut. Pemulangan hanya diterima untuk set produk PROMAS yang lengkap sahaja.
Keperluan Barangan yang Dipulangkan:
Barangan yang dipulangkan mestilah memenuhi kriteria berikut:
-
Barangan mesti dipos semula kepada kami dalam tempoh 7 hari bekerja selepas diterima (dibuktikan melalui resit pos atau kurier).
-
Anda mempunyai bukti pembelian yang sah (nombor invois pesanan dan resit rasmi).
-
Barangan mestilah berada dalam keadaan baharu, dipulangkan bersama pembungkusan asal serta hadiah percuma (free gifts) yang diterima bersama (jika ada). Semua pembungkusan mestilah belum digunakan, tiada sebarang kesan tanda, dan tidak rosak/koyak dalam apa jua cara sekalipun.
-
Barangan mesti dipulangkan di dalam kotak asal (atau sekurang-kurangnya menggunakan pembungkusan yang bersesuaian) bagi melindungi produk daripada mengalami kerosakan semasa proses penghantaran pulang.
⚠️ Nota Penting: Sebarang pertukaran pesanan atau pembatalan pesanan TIDAK DIBENARKAN sebaik sahaja pembayaran telah disahkan. Sebarang pembatalan atas alasan pertukaran fikiran (change of mind) tidak akan diterima.
Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permohonan pembatalan atau bayaran balik yang dianggap tidak memenuhi syarat atau tidak munasabah.
POLISI BAYARAN BALIK (REFUND POLICY)
Bayaran balik penuh akan dikeluarkan sebaik sahaja kami menerima dan memeriksa barangan yang dipulangkan di pusat pemulangan kami. Setelah barangan tersebut disahkan memenuhi syarat Polisi Pemulangan kami, proses bayaran balik penuh akan dimulakan.
Kaedah bayaran balik adalah bergantung kepada kaedah pembayaran asal anda:
-
Pindahan Bank Dalam Talian (Online Bank Transfer): Bayaran balik penuh akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda melalui pindahan bank dalam talian, di mana proses ini biasanya mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja.
-
Kad Kredit (Credit Card): Proses bayaran balik akan dihantar terus kepada bank pengeluar kad anda. Sila hubungi bank pengeluar kad anda untuk mengetahui tempoh masa yang diambil bagi pengkreditan semula baki tersebut.